Penyanyi Veteran Singapura Ismail Haron Meninggal Dunia

Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang Isnin.

Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.

“Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.

Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.

Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa.

– Mstar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • berita harian singapura kematian (130)

Comments are closed.

Close