Pemuda 30-an Hidap Penyakit Misteri Rayu Bantuan

Keperitan hidup seorang pemuda berusia 30an dari Taman Berlian Biru, di sini, gara-gara menghidap penyakit misteri sejak sembilan tahun lalu, mendapat pembelaan daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), baru-baru ini.

Sukaguam menerusi pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkesempatan hadir untuk bertanya khabar sambil menyampaikan sumbangan bantuan kepada keluarga pemuda berkenaan.

Jika melihat keadaan fizikal luaran, Mohd Faeros Othman kelihatan sempurna, namun pemuda itu sebenarnya menanggung kesakitan tidak terperi yang sukar digambarkan.

Penyakit itu juga telah menyukarnya untuk bergerak bagi melakukan aktiviti harian seperti menunaikan solat dan bekerja.

Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga Mohd Faeros.

Katanya, pemimpin setempat juga diharapkan mengambil tahu perkembangan masyarakat khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Sebaiknya, masalah seperti ini dirujuk dan diketengahkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bagi Pemuda Kluang, kami tiada masalah untuk membantu dan berurusan dengan pihak-pihak berwajib.

“Apa yang penting, Pemuda Kluang mesti menjadi mata dan telinga pemimpin atasan bagi mendengar luahan malah lebih dari itu untuk ‘merakyatkan pemimpin’ di pelbagai peringkat demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Justeru, Khairul menyeru kepada mana-mana pihak yang sudi untuk memberi sumbangan untuk berhubung dengan Jawatankuasa Pemuda Kluang, bila-bila masa.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sukaguam contact (17)

Comments are closed.

Close