Pemain Bola Sepak Ched Evans Dipenjara 5 Tahun Kerana Merogol

PEMAIN bola sepak antarabangsa Ched Evans dihukum penjara lima tahun kerana didapati bersalah seorang remaja 19 tahun manakala seorang lagi pemain, Clayton McDonald bebas tuduhan.

Evans, 23, penyerang Wales dan Sheffield United didapati bersalah oleh juri mahkamah Caernarfon.

Evans dan McDonalad, 23, pemain pertahanan Port Vale menafikan perbuatan merogol di Premier Inn dekat Rhyl, Denbighshire.

Bagaimanapun kedua-dua mereka mengakui ada mengadakan hubung seks dengan mangsa pada 30 Mei lalu dengan persetujan mangsa.

Pendakwa raya berhujah wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak mungkin bersetuju mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Merfyn Hughes QC berkata: “Pengadu berusia 19 tahun dan berada dalam keadaan mabuk.”

“Sebagaimana didapati oleh juri, tiada persetujuan untuk mengadakan hubungan seks. Anda harus sedar perkara itu,” kata Hughes.

Satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Sheffield United berkata, “Ched Evans terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan dicapai oleh juri hari ini (semalam).”

“Evans masih berpendirian tidak bersalah dan sedang berunding berhubung tindakan mengemukakan rayuan,” kata kenyataan itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close