Pelakon Pekin Ibrahim Pernah Dibuang Sekolah

Pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera dan dibuang sekolah pada usia 16 tahun antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim,31, berkata, dia sanggup meninggalkan kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1998 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bergelar artis.

“Saya tinggalkan pelajaran saya dan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Danny (X-Factor). Kami bekerja di restoran A&W di Subang Jaya dan banyak mencuba nasib untuk jadi artis.

“Saya pernah kena tipu dan berpindah dari satu rumah ke satu rumah. Yang paling kelakar saya cuba nak ubah loghat Kelantan saya selain mahu bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika di Kuala Lumpur,” kata Pekin kepada mStar Online di sini, Isnin.

Pekin memberitahu, kisah tersebut adalah sebahagian daripada pengalaman silamnya yang akan dibukukan dalam karyanya berjudul Memoir Bukan Memoir Pekin Ibrahim yang dijadualkan bakal berada di pasaran bulan hadapan.

Pekin berkata, buku yang masih dalam proses pembikinan itu mempunyai 70 bab yang antara lain turut berkisar bagaimana dia ditipu oleh sesetengah pihak sebelum bergelar artis.

Malah turut dimuatkan bagaimana cintanya putus di tengah jalan selain diminta oleh keluarga untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian.

“Sebenarnya saya kena buang sekolah semasa di tingkatan empat. Sebab itu saya bawa diri ke Kuala Lumpur. Tapi nasib saya baik semasa menduduki SPM secara persendirian, saya dapat pangkat dua,” katanya lagi.

Pekin memberitahu, dia menghasilkan buku tersebut bukan untuk membuka pekung sendiri tetapi mahu berkongsi pengalaman dengan peminat bagaimana sukar untuk dia bergelar seorang artis sebelum berada pada tahap sekarang.

Jelasnya lagi, dia bertuah kerana mengenali seorang wartawan hiburan yang membuka peluang untuknya melihat perjalanan dalam dunia seni sebelum berusaha dalam bidang berkenaan secara serius.

“Saya mengambil masa yang lama untuk aktif dalam bidang seni. Bukannya senang dan saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh ketika ini,” katanya.

Pekin menambah, buku yang berharga RM30 itu akan dilancarkan pada 23 Jun tetapi secara tidak rasmi akan mula berada di pasaran sebulan lebih awal.

Dalam perkembangan lain, bintang filem Bunohan ini berkata, dia sekarang sibuk dengan penggambaran beberapa buah filem iaitu Tokan dan Kita selain sibuk menguruskan studio latihan muzik Swart Machine Studio miliknya yang terletak di Seksyen 9, Bangi, Selangor.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • biodata pekin ibrahim (148)
  • pekin ibrahim biodata (116)
  • asal usul pekin ibrahim (34)
  • biodata pelakon pekin (34)
  • nama sebenar pekin ibrahim (33)
  • asal pekin ibrahim (19)
  • biodata pekin (16)
  • pekin ibrahim umur (12)

Comments are closed.

Close