Pelajar Tingkatan Empat Maut Dipanah Petir

Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut manakala rakannya dirawat di Hospital Serdang (HS), di sini, selepas dipanah kilat ketika menunggu bas dalam keadaan hujan di padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Muhammad Kamarul, maut selepas beberapa jam menerima rawatan di HS manakala rakannya, Muhammad Yusof, 16, dilaporkan masih kritikal.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas menyaksikan satu perlawanan bola sepak.

Katanya, kejadian itu hanya disedari guru mangsa selepas dimaklumkan seorang pelajar lain yang melihat mangsa rebah sebaik dipanah petir.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close