Pelajar Tingkatan Dua Gantung Diri Dalam Bilik

Tindakan seorang gadis mengurung diri di dalam biliknya sejurus pulang dari sekolah, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di sini petang kelmarin.

Lebih memburukkan keadaan, ibu mangsa yang menyedari kejadian itu diserang histeria sebelum nekad cuba membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya dengan pisau kerana terlalu sedih dengan kematian anak gadisnya.

Ibu mangsa yang mengalami pendarahan teruk di tangan kirinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan kini stabil.

Dalam kejadian jam 6 petang di Taman Pertama itu, remaja berkenaan dikenali sebagai P Piriyah, 14, maut selepas menggantung dirinya menggunakan sehelai selimut yang diikat pada kipas di biliknya.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh di sini, itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga selepas pulang dari sekolah sebelum mengunci dirinya dalam bilik itu.

Seorang anggota keluarga mangsa dikenali sebagai Logan berkata, dia tidak menyangka Piriyah bertindak sedemikian memandangkan dia pintar di sekolah selain aktif dalam pelbagai kegiatan sukan dan persatuan. “Sepanjang pengetahuan saya, keluarga mangsa tidak pernah berdepan sebarang masalah dan perselisihan faham. Malah, Piriyah sangat rapat dengan abang dan kedua-dua ibu bapanya.

“Mangsa juga tidak pernah memaklumkan sebarang masalah kepada ahli keluarganya sebelum kejadian itu. Malah, mangsa juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika di hubungi semalam berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan tidak membabitkan masalah keluarga. Bagaimanapun, kami meneruskan siasatan berhubung kejadian,” katanya

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • budak tingkatan 2 bunuh diri (45)

Comments are closed.

Close