Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Tepi Pantai Pulau Pinang

Polis Gerakan Marin Pulau Pinang menemui satu mayat lelaki dalam keadaan tertiarap di persisiran pantai Jelutong di sini hari ini.

Sumber polis marin berkata, mayat tanpa dokumen pengenalan itu ditemui pada pukul 1 tengah hari itu dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Gambar hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, hasil siasatan mendapati maklumat mayat itu berpadanan dengan identiti seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu.

“Keluarga mangsa telah dipanggil untuk melakukan pengecaman terhadap mayat itu dan hasilnya positif,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah terjun dari Jambatan Pulau Pinang dan dihanyutkan arus deras hingga terdampar di pantai itu.

— BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close