Mayat Lelaki Diikat Tangan Ditemui Di Tempat Sampah

Seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dengan tangannya diikat dipercayai mangsa bunuh di kawasan pembuangan sampah berhampiran Masjid Lapangan Terbang Subang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu jam 8 pagi sebelum sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke tempat kejadian.

Gambar hiasan

Menurutnya, mayat itu yang dipercayai warga asing ditemui terbaring di tepi timbunan sampah dengan kesan kecederaan pada leher, perut dan badan.

“Ketika ditemui, mayat itu berpakaian lengkap seluar panjang dan baju-T, namun tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan pembuangan sampah berkenaan,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close