Mayat Lelaki Dalam Ladang Ditemui

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui mati dalam ladang kelapa sawit di Kampung Baru Sungai Klau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman ­­­berkata, lelaki berkenaan ­ adalah penduduk tempatan yang dikenali sebagai Wong Ng.

Menurutnya, mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring di ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.

“Pakar Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Dr Norzaimah Mohd Idris menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa di Unit Patologi Hospital Raub.

“Siasatan mendapati ­masalah saluran darah yang meng­alir ke jantung ter­sumbat sehingga mengakibatkan ­kematiannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Wan Mohd Samsudin berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai disaran menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999 sekiranya ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan atau menghadapi kecemasan supaya tindakan wajar dapat dilakukan segera,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close