Lelaki Buruan Along Nekad Terjun Laut Dari Jambatan Pulau Pinang

Gara-gara berhutang dengan along sebanyak RM30,000 akibat kalah dalam pertaruhan judi, seorang lelaki nekad terjun dari jambatan Pulau Pinang, lewat petang tadi.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila Ooi Aik Teong, 36, berjaya diselamatkan sepasukan polis gerakan marin dan skuad penyelam bomba yang tiba 30 minit selepas mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.34 petang.

Gambar hiasan. Carian Google

“Polis menerima aduan daripada orang awam yang memancing di situ dan pasukan penyelam bomba menemui lelaki terbabit dalam keadaan terapung kira-kira 6.4km dari Georgetown,” kata jurucakap polis marin ketika dihubungi di sini hari ini.

Aik Teong yang berasal dari Bukit Mertajam dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

– BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close