Komen Aaron Aziz Mengenai Kemenangannya Di ABPBH 2011

Ekoran kemenangannya merangkul Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular ABP2011, ramai cakap-cakap belakang yang sepertinya kurang puas hati di atas kemenangan itu.

Baik di kalangan peminat mahupun rakan artis masih ada yang kurang berpuas hati terhadap keputusan malam anugerah tersebut.

Susulan kenyataan aktor Zed Zaidi yang disiarkan di MH Online sebentar tadi, kami mendapatkan reaksi balas daripada Aaron Aziz sendiri.

“Biasalah, ini sesuatu yang normal dalam setiap pertandingan. Hendak buat macam mana, kalau tidak menang sekali pun pasti ada yang berkata juga. Jujurnya, saya tidak memandang serius perkara ini sebagai satu masalah besar buat saya.

“Setiap peminat ada artis yang mereka suka dan sokong. Jadi, saya tidak salahkan mereka untuk berkata sedemikian,” ujar Aaron yang dihubungi MH Online.

Soal dipertikai oleh rakan artis sendiri, jawab Aaron;

“Jika ada tidak puas hati, itu di luar kawalan saya sebagai seorang manusia. Pada saya apa pun keputusan, janganlah ada rasa iri hati. Biarlah setiap pertandingan itu berlangsung secara sihat. Jika menang itu rezeki, jika kalah anggaplah nasib tidak berpihak kepada kita.”

– Media hiburan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close