KFC Thailand Mohon Maaf | Singgung Perasaan Rakyat Ketika Tsunami

BANGKOK – Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.

Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.

Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: “Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda.”

Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf.

– Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close