Keputusan Terkini Negeri sembilan vs Lions XII | Liga Super 3 April 2012

Liga super 3 April 2012 hanya menyaksikan satu perlawanan yang bakal berlangsung. Perlawanan yang akan bermula sebentar sahaja lagi membabitkan Negeri sembilan vs Lions XII.

Negeri Sembilan bakal turun ke padang tanpa kelibat penyerang import sensasi mereka, Effa Owona. Owana telah mengutip 2 kad kuning dan terpaksa digantung perlawanan pada malam ini.

Mampukah Negeri sembilan mencipta kemenangan menentang Lions XII pada malam ini?

Astro Arena 801 bakal membawakan perlawanan ini secara langsung bermula pukul 8:30 malam.

Bagi yang terlepas untuk menonton, jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini untuk melihat keputusan terkini perlawanan antara Negeri Sembilan vs Lions XII pada malam ini.

Update:

Negeri Sembilan terpaksa akur dan mengakui yang pasuka n Lions XII lebih baik daripada mereka apabila mereka terpaksa tunduk kepada LIons XII dengan keputusan 4 – 2.

Tiga gol berjaya dijaringkan oleh Lions XII diseparuh masa pertama dan satu gol dihasilkan pada separuh masa kedua. Sementara Negeri sembilan pula berjaya menjaringkan satu gol pada setiap babak.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close