Keputusan Piala AFC 4 April 2012 | Tampines Rovers 0 – 1 Terengganu

JUARA Piala FA 2011, Terengganu menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya setelah mencatat kemenangan ke atas lawan pada peringkat kumpulan iaitu Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC malam tadi.

Sang Penyu yang mempunyai rekod baik beraksi di Stadium Jalan Besar, Singapura pada saingan Liga Super sebelum ini meneruskan rentak kecemerlangan di gelanggang sama setelah menewaskan pasukan tercorot kumpulan, Tampines Rovers 1-0 hasil jaringan Joseph Kalang Tie.

Tiga mata penuh itu memberi sedikit tekanan kepada pendahulu Kumpulan F, Kitchee FC yang menewaskan Song Lam Nghe An, 2-0 di Pusat Sukan Tseung Kwan O.

– Sinar Harian

Facebook Comments
Close