Jim Marshall | Pengasas Gitar Amplifier Meninggal Dunia

LONDON 6 April – Pengasas gitar amplifier, Jim Marshall yang pernah digelar ‘Raja Bunyi’ meninggal dunia pada usia 88 tahun, pagi semalam.

Jurucakap syarikatnya berkata, Marshall meninggal dunia di Milton Keynes, tenggara England.

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan laporan mengenai pengasas itu yang dikatakan menderita akibat kanser dan beberapa siri serangan strok.

– REUTERS

Facebook Comments
Close