Gambar Proton Terbaru | Proton ‘Preve’

Proton Holdings Bhd. memilih “Preve” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

Rupa model terbaru Proton, Preve yang digambarkan melalui entri terbaru blog funtastickodesign.wordpress.com.

“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

– Kosmo!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close