Fida Berdamai Dengan Mamat Sepah & Akui Telah Dilamar

Fida dan Mamat Sepah dikhabarkan telah berdamai dan kembali berhubung semula. Sebelum ini hubungan mereka renggang seketika apabila kes Mamat yang secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida tanpa tudung di Twitternya tidak berapa lama dahulu.

Fida juga mengakui yang dia telah dilamar oleh seseorang.

Di bawah adalah berita penuh mengenai Fida yang Belalang ambil dari Media Hiburan-

Ekoran kemesraan semula Fida dan Mamat iaitu bekas anggota Sepah di Twitter, MH Online terus menghubungi empunya diri, Fida untuk mendapatkan penjelasan mengenai perhubungan mereka yang dahulunya tegang.

“Sebenarnya kami bertemu ‘Apa Saja FBI’ baru-baru ini tanpa pengetahuan Fida. Selepas pertemuan tersebut kami berdua masih berhubung. Bagi Fida apa yang lepas biarlah berlalu, tak elok disimpan lama-lama,” katanya yang sudah empat bulan tidak berhubung dengan bekas kekaksihnya itu.

Dalam masa sama, Fida yang kini popular menerusi drama ‘Makbul’ di TV2 mengakui sudah dilamar oleh seseorang yang pernah dikenalinya sebelum ini.

“Fida terkejut pada awalnya kerana dia bertanya mengenai soal lamaran apapun Fida kena fikir baik-baik dan perlu mengenalinya dengan lebih dalam lagi,” ujar Fida yang enggan mendedahkan lelaki yang melamarnya itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close