Empat Sahabat Diserang Lebah Ketika Sedang Mancing

Kegembiraan empat sahabat mengisi masa lapang sempena cuti hujung minggu di tepi pantai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka parah selepas disengat lebah dalam kejadian di Tanjung Assam, Bayan Lepas, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila mangsa, Ong Ben Chian, 49, bersama tiga rakannya memancing di tepi pantai berkenaan.

Ketika mereka asyik memancing, sekumpulan lebah muncul sebelum menyerang empat sekawan itu.

Keadaan itu menyebabkan mereka beberapa kali disengat dan terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke laut.

Pegawai Operasi dan Penyelamat Unit Marin Bomba dan Penyelamat negeri, Halim Ashari Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 1 tengah hari.

– Metro

Facebook Comments

Comments are closed.

Close