Dua Remaja Jual Burger Parah Ditetak Sekumpulan Lelaki

Dua remaja parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Bandar Baru, Air Itam dekat sini semalam.

Kedua-duanya cedera di kepala, tangan dan kaki dan dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seorang saksi kejadian, S. Satiahilen, 20, berkata, dalam kejadian pukul 7 malam ini, dia bersama mangsa masing-masing berusia 20-an sedang membuat persiapan untuk membuka gerai burger mereka sebelum diserang secara mendadak oleh kumpulan samseng terbabit.

“Bilangan penyerang lebih dari 10 orang. Beberapa orang dari mereka macam dirasuk tiba-tiba belasah dan tetak dua kawan saya. Kami tidak kenal mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP.

Katanya, kumpulan lelaki itu segera beredar apabila beberapa orang awam yang lalu di situ datang membantu.

– BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close