Ayam Selasih Pelik | Kulit Warna Hitam & Berbulu Seakan Kucing

Seorang lelaki di sini bukan sahaja memiliki lebih 10 ekor ayam yang mempunyai lebih 10 jari, malah lebih unik lagi ayam selasih yang dibela hasil pemberian seorang sahabat daripada Kelantan itu memiliki kulit berwarna hitam selain bulunya yang halus seakan-akan bulu kucing.

Hazri Razali,32, berkata, kerana terlalu minat akan haiwan seperti ayam dan burung sedari kecil lagi, dia nekad untuk menjadikannya sebagai hobi sehingga hari ini.

“Oleh kerana mengetahui saya seorang peminat terhadap haiwan tersebut, seorang sahabat daripada Kelantan memberikan sepasang ayam selasih berwarna putih kepada saya untuk dibela. “Malah kami sekeluarga juga tidak menyangka kerana berfikir kulitnya sekadar hitam di luar sahaja kerana pernah satu hari setelah membiakkan ayam tersebut, kami menyembelih seekor daripadanya untuk dimasak.

“Apa yang mengejutkan dagingnya turut berwarna hitam malah rasanya juga lebih enak daripada ayam kampung,” katanya yang kini tinggal di Kampung Temenin Baru.

Menurutnya, bagi mengelakkan haiwan tersebut terkena penyakit dia juga tidak melepaskan haiwan tersebut sebaliknya memeliharanya di dalam reban dengan memberikan makanan seperti dedak dan buah sawit.

“Pernah juga ada orang daripada Melaka menawarkan harga sebanyak RM20,000 kerana mahukan ayam selasih berwarna hitam. Namun saya tidak mampu berikan kerana ayam selasih tersebut kesemuanya berwarna putih. Malah kerana keunikan pada bulunya yang halus pernah juga ada orang yang hanya mahu membeli bulunya sahaja.

Katanya, selain ayam selasih dia juga memelihara beberapa jenis ayam lain yang unik seperti ayam Poland dan juga burung Merpati ayam.

“Saya mengelarnya ayam Poland kerana di kepalanya terdapat bulu yang menunjukkan seakan-akan ayam tersebut sedang memakai topi. Malah sekarang ini saya juga sedang merancang untuk mengacukkan burung merpati ayam peliharaan saya dengan burung terkukur,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close