Anggota TLDM Hampir Maut | Kereta Tiba-tiba Terbakar

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran majlis pertunangan adiknya nyaris maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Sabri Ishak, 29, dalam perjalanan dari rumah abangnya di Kuala Lumpur ke kampungnya di Kampung Batu 8, Baling, Kedah sebelum kereta tersebut tiba-tiba terbakar.

Sabri yang bertugas di Teluk Sepanggar, Sabah, berkata, sewaktu melalui pekan Lenggong, tiba-tiba kepulan asap keluar dari saluran penghawa dingin kereta.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close