Akhirnya Angelina Jolie & Brad Pitt Bertunang

Ianya rasmi: Brangelina telah bertunang. Brad Pitt dan Angelina Jolie tidak menetapkan tarikh perkahwinan mereka lagi, tetapi pertunangan mereka “adalah satu janji untuk masa depan,” kata pengurus Pitt, Cynthia Pett-Dante, dalam satu kiriman emel, Jumaat.

Pitt, 48, dan Jolie, 36, mempunyai enam orang anak bersama-sama.

“Anak-anak mereka amat gembira,” kata Pett-Dante lagi.

Tukang emas, Robert Procop telah bersama-sama dengan Pitt untuk mereka bentuk cincin.

Pitt “mahu setiap aspek menjadi sempurna, jadi Robert dapat mencari berlian kualiti yang terbaik dan potong kepada saiz yang tepat dan sesuai dengan bentuk tangan Angelina,” tukang emas itu berkata dalam satu kenyataan.

“Brad sentiasa dan banyak terlibat, mengawasi setiap aspek dan evolusi reka bentuk kreatif … berlian sampingan khas dipotong untuk mengelilingi jarinya. Setiap berlian adalah permata dengan kualiti tertinggi.”

Ia mengambil masa setahun untuk direkabentuk.

Selebriti terkemuka dunia ini telah berpasangan sejak mereka memulakan hubungan pada tahun 2005 ketika bekerjasama dalam filem “Mr & Mrs Smith.”

Pasangan romantis Pitt dan Jolie serta-merta menjadi pasangan yang paling glamor dan paling banyak dirakamkan gambar di Hollywood.

Fakta bahawa Pitt masih bersama Jennifer Anniston apabila dia bertemu Jolie hanya ditambah oleh akhbar tabloid; Pitt dan Aniston bercerai pada tahun 2005 selepas lima tahun berkahwin.

Sebagai pasangan yang digelar “Brangelina” ditambah pula dengan keluarga mereka yang terdiri daripada anak angkat dan anak sendiri, persoalan yang sentiasa berlegar ialah – bila atau sama ada kedua-duanya akan berkahwin.

Untuk beberapa waktu, kelihatan seolah-olah mereka tidak mungkin berkahwin.

Mereka sering bercakap tentang bagaimana mereka selesa tanpa ikatan rasmi.

Jolie telah berkahwin dengan Billy Bob Thornton, tetapi mereka bercerai pada tahun 2003.

Dia juga berkahwin dengan pelakon British Jonny Lee Miller sebelum bercerai pada tahun 1999.

Jolie memenangi Anugerah Oscar untuk lakonannya dalam filem “Girl Interrupted” pada 1999 “.

Pitt baru-baru ini telah dicalonkan dalam Academy Award untuk wataknya dalam “Moneyball” tahun lepas.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close