Model Shida Yaacob Meninggal Dunia

Beberapa blog hari ini ada memuatkan kisah tentang model terkenal Malaysia di awal 90-an, Shida Yaacob telah meninggal. Sebab kematian model adalah kerana penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya.

Di bawah ada sedikit keratan berita tentang hal ini yang Belalang ambil dari MH online-

Gambar diambil dari blog josrevalution

MH Online difahamkan model terkenal Malaysia di awal 90-an, Shida Yaacob telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya. Malah beberapa buah blog turut menyiarkan berita kematian model terkenal ini.

Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghenbuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara.

Arwah yang cukup terkenal di ‘runaway’ dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Takziah MH uncapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Takziah Belalang ucapkan kepada keluarga arwah.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • shahida yaacob meninggal dunia (89)
  • shahida Yaacob (60)
  • shida yaacob (55)
  • model shida yaacob meninggal (30)
  • model malaysia meninggal dunia (27)
  • gambar shida yaacob (17)
  • model shahida yaacob meninggal dunia (13)
  • shahida yaacob meninggal (12)

Comments are closed.

Close