Video Raja Lawak 6 Minggu 9 | Semua 4 Peserta Ke Final

Harapan setiap kumpulan yang masih tinggal di Raja Lawak 6 untuk ke final musim ini, menjadi nyata sebentar tadi apabila tiada penyingkiran di minggu kesembilan Gelanggang Raja Lawak 6.

Ini bermakna, empat peserta tersebut iaitu Zero, Cuit, 2Yol, dan Shiro layak ke final yang akan berlangsung minggu depan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Keputusan untuk membawa kesemua empat peserta tersebut ke final telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly.

Gelanggang Raja Lawak 6 telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, dan untuk minggu kesembilan ini, dua tema yang berbeza iaitu zaman kanak-kanak dan “kalau aku….” telah diberikan kepada peserta. Kelainan untuk minggu ini, meskipun mempunyai tema yang sama, setiap peserta telah diberi tajuk persembahan tersendiri dari barisan tenaga pengajar. Ini bermakna setiap peserta mempunyai kisah berlainan untuk disampaikan untuk setiap pusingan.

Secara keseluruhan, tiada peserta yang benar-benar menyerlah untuk minggu kesembilan ini. Shiro yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk menjadi juara juga gagal menyampaikan persembahan yang menarik. Sementara tiga lagi peserta pula hanya mempamerkan persembahan sederhana dan masih belum mencapai tahap memuaskan.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain Sheila Rusly, dua lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.

Shiro dan Zero adalah di bawah didikan Tauke (Jambu), sementara Cuit pula di bawah tunjuk ajar Yus (Jambu) dan 2Yol merupakan anak buah kepada Angah.

Jangan lupa untuk menyaksikan Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang akan berlangsung minggu hadapan di Dewan Sivik MBPJ. Pas masuk PERCUMA boleh didapati di Pintu Utara, ASTRO Bukit Jalil pada hari Jumaat, (16 Mac 2012) bermula jam 10 pagi. Pas Masuk adalah terhad dan siapa cepat, dia yang dapat.

Di bawah video-video persembahan gelanggang minggu 9 sebentar tadi-

Facebook Comments
Close