Video Raja Lawak 6 Minggu 8 | Kumpulan Selak Tersingkir

Lapan minggu bertahan dalam Raja Lawak 6, akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Selak mengundurkan diri setelah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini.

Penyingkiran kumpulan Selak itu dibuat oleh salah seorang juri tetap, Sheila Rusly pada minggu kelapan Gelanggang Raja Lawak musim keenam yang berlangsung sebentar tadi.

Selak yang dianggotai Fad dan Wak tersingkir setelah mendapat undian terendah berbanding empat peserta lain yang masih tinggal.

Gelanggang Raja Lawak 6 minggu kelapan telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan pada minggu kelapan ini, setiap peserta diminta membuat dua persembahan di mana persembahan pertama bertemakan ‘Pertama Kali’ dan persembahan kedua bertemakan ‘radio’.

Bagi persembahan pertama, peserta diminta mempersembahkan sketsa yang memaparkan kisah pengalaman ‘pertama kali melakukan sesuatu’ dalam apa jua situasi. Manakala untuk persembahan kedua, telah menampilkan kerjasama antara Raja Lawak 6 dan radio rasmi program ini, Sinar FM.

Peserta diminta mempersembahkan sketsa diri mereka sebagai penyampai radio Sinar FM dan isitimewa untuk persembahan kedua ini, Pengurus Rancangan Sinar FM, Rostam Zulkarnain Said atau lebih dikenali sebagai Pak Tam telah dipilih sebagai pengkritik jemputan.

Kumpulan Shiro nampaknya terus menjadi pilihan minggu ini kerana berjaya menghiburkan penonton dengan kedua-dua persembahan mereka. Namun cabaran tetap diberikan oleh kumpulan Cuit dan 2Yol sementara kumpulan Zero yang gagal menyerlah pada persembahan pertama, bangkit menggamatkan gelanggang untuk persembahan kedua.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain Sheila Rusly, dua lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.

Selak yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 4 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan sebelum mereka ke final pada minggu seterusnya.

Video peserta berada di bawah ini-

Facebook Comments
Close