Video Final Raja Lawak 6 | 16 Mac 2012

Malam ini bakal berlangsungnya gelanggang akhir Raja Lawak 6 (RL6) sekaligus kita bakal menyaksikan seorang lagi Juara RL akan dinobatkan musim ini.

Diantara Shiro, 2yol, Cuit dan Zero, siapakah peserta pilihan anda untuk bergelar juara RL6? Jika dilihat pada carta undian terakhir yang dipaparkan, Shiro berjaya berada di atas sekali diikuti Zero. Manakala 2yol dan Cuit berkongsi jumlah undian yang sama.

Jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini kerana Belalang akan kongsikan video persembahan finalis RL6 beserta keputusan  pada malam ini.

Update-

Kumpulan Shiro telah dinobatkan sebagai juara RL6 sekaligus berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000! Tempat kedua pula telah menjadi milik Zero, sementara Cuit mendapat tempat ketiga dan terakhir menjadi milik 2yol.

Tahniah diucapkan kepada Shiro atas persembahan yang sangat menghiburkan. Video-video persembahan peserta berada di bawah-

Lagi video akan menyusul

Facebook Comments
Close