Video CCTV Kemalangan Maut Rafizi Hamdan

Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini semalam.

Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.

Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu
.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sumber

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kemalangan mrr2 2013 (14)
  • kemalangan di mrr2 semalam (10)
Close