Video CCTV Kanak-kanak 5 Tahun Ditembak Perompak Hingga Lumpuh!

Thusha Kamaleswaran, gadis kecil berusia 5 tahun kelihatan menari-nari di salah satu sudut dalam kedai bapa saudaranya apabila dia ditembak di dada oleh tiga samseng yang menyerang kedai itu.Tembakan pertama terkena pada kepala seorang pelanggan Roshan Selvakumar, 35 apabila dia cuba unuk menutup pintu kedai manakala Tusha terkena tembakan ke dua selepas kanak-kanak itu ingin melihat kekecohan di bahagian hadapan kedai.

Thusha Kamaleswaran

Tusha sebelum itu kelihatan sedang bermain bersama abang dan adik perempuannya yang dihantar ke kedai itu oleh ibu bapa mereka untuk mengucapkan selamat hari lahir pada bapa saudara mereka.Impian kanak-kanak ini untuk menjadi penyanyi dan penari telah berkecai kerana dikatakan akan lumpuh seumur hidup.Ketika kejadian 29 Mac tahun lalu, jantung Tusha dua kali berhenti berdegup selepas ditembak dan koma selama sebulan.Kini, Tusha masih dirawat di hospital tetapi dibenarkan pulang bersama keluarganya pada setiap hujung minggu!

Berikut adalah rakaman CCTV sewaktu kejadian-

Penyerang adalah ahli-ahli geng GAS (Guns And Shanks) iaitu Nathaniel Grant, 21, Kazeem Kolawole, 19, dan Anthony McCalla, 20.

– Telegraph.uk

Facebook Comments

Comments are closed.

Close