Tiga Sekeluarga Rentung Rumah Terbakar Di Seri Kembangan

Tiga sekeluarga rentung apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat sini awal hari ini.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Zulkifli Sairan berkata, berdasarkan laporan awal kebakaran pada kira-kira pukul 2.55 pagi itu meragut nyawa seorang ibu berusia 30-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun.

Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang, katanya kepada Bernama.

— BERNAMA

Facebook Comments
Close