Terkini Banjir 7 Mac 2012 | 400 Penduduk Ampang Dipindahkan

Hampir 400 penduduk sekitar Ampang telah dipindahkan malam tadi rata ratanya penduduk yang tinggal sekitar kawasan sungai.. Mereka dipindahkan kerana air telah menaiki ke rumah mereka dan dikhuatiri mengancam keselamatan mereka..

Banjir kilat di kawasan lembah klang sejak dari petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di sekitar kawasan sungai telah dihanyutkan. Dua kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga yang membabitkan 150 buah rumah.

Klik sini untuk melihat gambar-gambar banjir sekitar Kuala Lumpur 7 Mac 2012

Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh.Kebanyakkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

– Bernama

Facebook Comments
Close