Sherie Merlis Bakal Menimang Cahaya Mata Baru

Aktres drama televisyen tempatan terkenal, Sherie Merlis yang menamatkan zaman jandanya dengan penyanyi kumpulan Gabba Gabba, Ash pada 1 Januari lalu teruja apabila dia disahkan mengandung baru-baru ini.

Dipetik daripada sebuah laman web berita baru-baru ini, Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal bersyukur dengan berita gembira tersebut selepas hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal kepada dua anak lelakinya, Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Esma Daniel.

“Kandungan saya sudah berusia sebulan lebih dan doktor telah menasihatkan saya agar menjaga kandungan memandangkan ianya agak berisiko kerana saya sudah berusia 40-an dan lama tidak mengandung. Saya bersyukur kerana diberikan rezeki ini,” ujar Sherie.

Manakala suaminya, Ash atau nama sebenar Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada mula terkejut dengan khabar tersebut kerana baru berkahwin dua bulan yang lalu tetapi gembira kerana doanya dimakbul Allah.

“Selepas Sherie memberitahu saya dia sudah lama tidak datang bulan dan muntah-muntah, kami pergi membuat pemeriksaan dan dia disahkan mengandung. Saya sangat teruja kerana bagi saya, ia adalah tanggungjawab baru buat saya,” kata penyanyi berusia 29 tahun ini.

Ash turut memiliki seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, hasil perkongsian hidup bersama pelakon dan pengacara “Melodi”, Dira Abu Zahar.

– Yahoo! news

Facebook Comments
Close