Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah Bersenjatakan Parang

Polis menembak mati tiga penjenayah bersenjatakan parang di sebuah rumah dalam estet di Linggi, dekat sini pagi ini.

Kesemua penjenayah itu berusia lingkungan 20-an dipercayai warga asing dan tiada dokumen diri ditemui pada mereka.

Kesemua dipercayai cuba memecah masuk ke dalam rumah berkenaan sebelum terserempak dengan kereta peronda pada pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua penjenayah itu enggan menyerah diri apabila diarah berbuat demikian.

Katanya, polis turut menemui pelindung muka ski, sarung tangan, pemotong besi dan pemutar skru bersama penjenayah terbabit.

Mayat kesemua penjenayah telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat. kata beliau.

– UTUSAN

Facebook Comments

Comments are closed.

Close