Penunggang Motosikal Maut Melekat Bawah Lori

Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila badannya melekat di bawah lori mengangkut besi paip selepas motosikal dinaiki merempuh kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jalan Ahmad Edruce, pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai, Tie, 20, dari Jalan Mantis menunggang motosikal berseorangan dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Salim sebelum merempuh lori berkenaan, jam 10.10 pagi.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa tidak menyedari terdapat sebuah lori di hadapannya, lalu merempuh menyebabkan motosikal terperosok manakala lelaki terbabit tersangkut pada palang bawah kenderaan terbabit.

Menurut sumber, kejadian berlaku berhampiran simpang lampu isyarat dan kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.

“Mangsa dipercayai menunggang laju tanpa menyedari terdapat sebuah lori di hadapannya. Rempuhan kuat menyebabkan motosikal mangsa terperosok.

“Orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun gagal. Ketika itu, mangsa dilihat masih bernyawa sebelum meninggal dunia 15 minit kemudian,” katanya.

Facebook Comments
Close