Pengirim SMS Ugut Ibu Dirang Ditahan

Polis Kelantan petang ini mengesahkan telah menahan seorang suspek, yang mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang tebusan kepada keluarga Dirang, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, awal minggu ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, seorang bekas tentera yang berasal dari Machang, tidak ada kena-mengena dengan pembunuhan Dirang.

Sebaliknya menurut beliau, dia hanya mengambil kesempatan dan akan diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut.

Facebook Comments
Close