Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Ditempat Pembuangan Sampah

Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di tapak pembuangan sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat bayi malang itu ditemui di dalam sebuah beg pakaian kira-kira pukul 5.50 petang oleh seorang pemungut sampah.

Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangka beg tersebut mengandungi barang berharga telah membuka beg tersebut dan terkejut apabila mendapati terdapat mayat bayi di dalamnya.

– UTUSAN

Facebook Comments

Comments are closed.

Close