Live Streaming Final All England 2012 | Lee Chong Wei vs Lin Dan Final All England 2012

Hari ini bermula jam 0830 malam TV1 akan membawakan secara langsung perlawanan-perlawanan menarik kejohanan FINAL ALL ENGLAND 2012. Perlawanan tumpuan sudah semestinya terarah kepada pemain No 1 dunia Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan. DLCW sebagaimana yang telah kita ketahui dengan mudah menundukkan pemain perseorangan Korea Lee Hyun II dengan 21-19 dan 21-18 dalam masa 45 minit.

Manakala Lin Dan berjaya menumpaskan pemain muda dari Jepun Kenichi Tago yang juga merupakan finalis ALL ENGLAND 2011.

Pertarungan pasti sengit di mana DLCW pasti bermain bermati-matian untuk mencipta hatrick dalam kejohanan terebut manakala Lin Dan pastinya bukan calang-calang lawan. Jom kita seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan agar Datuk Lee Chong Wei berjaya membawa pulang kejuaran ALL ENGLAND 2012.

Jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini sebelum perlawanan bermula pada malam ini kerana Belalang akan kongsikan link live streaming kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca TV.

LIVE STREAMING FINAL ALL ENGLAND 2012

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close