Keputusan Terkini Lions XII vs Selangor | Liga Super 20 Mac 2012

Keputusan Terkini Lions XII vs Selangor Liga Super 20 Mac 2012. PERTEMBUNGAN antara dua musuh tradisi, Selangor dan Lions XII FC dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini pastinya mengujakan peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Sekadar seri 1-1 dalam aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil bulan lepas, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membenam cabaran Kuala Lumpur dengan keputusan 3-0, Sabtu lepas.

Kredibiliti skuad V. Sundramoorthy yang ketika ini unggul di tangga ketiga liga dengan 20 mata, lima mata di depan Gergasi Merah juga pastinya mengundang rasa waspada dalam kalangan anak-anak buah Irfan.

Tambahan pula, kemenangan malam ini dilihat mampu memperbaiki kedudukan Selangor bagi memintas Perak di tangga kelima liga.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan antara Lions XII vs Selangor secara langsung di Astro Arena 801 bermula 7:45 malam.

Link untuk live streaming akan Belalang masukkan sekiranya ada live streaming untuk perlawanan ini. Maaf, link live streming untuk perlawanan ini tidak dapat ditemui.

Blog ini juga akan update keputusan perlawanan ini dari masa ke semasa (live update). Refresh page ini seberapa kerap untuk melihat keputusan terkini.

Lions XII 1 – 1 Selangor

(tamat perlawanan)

Facebook Comments
Close