Keputusan Terkini Kelantan vs Kuala Lumpur SPA Suku Akhir Piala FA 24 Mac 2012

MUNGKIN nama mereka tidak sehebat pasukan lain dan tidak mengenali kekuatan serta kelebihan SPA FC yang mencatat sejarah, apabila muncul kelab pertama dari Liga FAM berjaya melangkah sehingga aksi suku akhir, Piala FA.

Namun berdepan pasukan terbaik Liga Malaysia, Kelantan setakat ini, SPA FC dikendalikan oleh jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan Nidzam Jamil, 33, percaya dengan strategi untuk membuat kejutan menyingkirkan The Red Warriors.

“Saya tidak anggap SPA FC pasukan underdog dalam saingan Piala FA. Walaupun Kelantan berada di kedudukan terbaik Liga Super, memiliki pemain kebangsaan, beraksi dalam Piala AFC, kami tidak takut.

“Dalam perlawanan, apa pun boleh berlaku, dan tidak mustahil SPA FC mampu pergi jauh dan bersaing di separuh akhir,” katanya.

Membariskan pemain kurang berpengalaman menentang pasukan gergasi, Nidzam percaya kelebihan dan komitmen dimiliki anak buahnya akan menyukarkan kemenangan Sang Kijang.

Berbekal kelebihan menang semua perlawanan Liga FAM termasuk menentang pasukan Kemboja, Preah Khan Reach di pusingan kedua Piala FA, Nidzam mahu pemain memanfaatkan pengalaman yang ada untuk diterjemahkan pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, sebelum bertandang ke arena lawan di Kota Bharu pada 27 Mac.

“Dengan barisan Kelantan yang menghadapi perlawanan Piala AFC, dan jadual yang ketat mungkin memberi kelebihan kepada SPA, namun mereka masih mempunyai 25 pemain dengan kelebihan masing-masing untuk disenaraikan sebagai pemain utama,” katanya.

UNTUK KEPUTUSAN KELANTAN VS KUALA LUMPUR SPA, KLIK DI SINI

Facebook Comments

Comments are closed.

Close