Keputusan Terkini Kedah vs T-Team Suku Akhir Pertama 24 Mac 2012

KEDAH bakal turun tanpa empat tonggak utama menjelang perlawanan suku akhir pertama, Piala FA menentang T-Team di Stadium Darul Aman, malam 24 Mac 2012 ini.

Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan dan Abdul Latiff Suhaimi masih dibelenggu masalah kecederaan dan berkemungkinan terlepas aksi pusingan pertama di laman sendiri.

Manakala pertahanan kental, V Thirumurugan berdepan penggantungan tiga perlawanan.

Pengendali Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan enggan meratapi kehilangan pemain berkenaan, sebaliknya fokus membina pasukan dalam misi memburu jaringan sebagai bekalan pada pertemuan kedua, 27 Mac ini.

“Ketiadaan mereka memang memberi kesan kepada pasukan. Saya harap pemain lain tidak menjadikan ia alasan untuk tidak mempamerkan aksi terbaik.

“Apa pun, saya harap pemain mampu menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri dan elak melakukan silly mistake yang akan menyukarkan laluan ke separuh akhir,” katanya yang tidak berhasrat melakukan rombakan menjelang pertemuan itu nanti.

Pada masa sama, jurulatih berpengalaman itu, mengakui prestasi anak buahnya semakin menunjukkan peningkatan meskipun di lihat ‘lambat panas’ pada permulaan musim Liga Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Wan Jamak masih tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang import Ghana, Mohammed Hamidan yang masih gagal ‘menuai’ gol buat Skuad Kenari.

UNTUK LIVE STREAMING DAN KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS T-TEAM, KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close