Irma Hasmie Bertunang Hujung Bulan Ini? | Irma Bertunang 27 Mac 2012

Irma Hasmie bertunang hujung bulan ini? Beberapa media dan juga blog ada menulis sejak dari kelmarin yang Irma Hasmie dikatakan bakal bertunang pada hujung bulan ini. Tarikh yang dikatakan akan berlangsung majlis pertunangan Irma ialah 27 Mac 2012.

Di bawah ada sedikit kisah mengenai berita ini yang Belalang ambil dari web Murai.com-

Murai Batu mendapat tahu pelakon Irma Hasmie bakal bertunang pada penghujung bulan ini.

Khabarnya majlis pertunangan itu, bakal diadakan di kediamaan keluarga Irma Hasmie di Sungai Buloh, Selangor.

Jika betul apa yang Murai Batu dengar daripada beberapa orang rakan, Murai Batu ingin mengucapkan tahniahlah kepada dirinya.

Malah dengarnya hatinya terpaut kepada bakal tunangannya itu setelah sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dahulu.

Jika benarlah berita yang Murai Batu dengar ini, doa Murai Batu semoga majlis pertunangan tersebut akan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.

Facebook Comments
Close