Gambar Taman Tema Angry Bird Akan Dibuka

Taman Tema Angry Bird akan dibuka di United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan China, sekali gus meluaskan empayar permainan komputer popular itu.

Ketika ini, pencipta permainan tersebut, Rovio Mobile dilaporkan sedang mengadakan perbincangan untuk melaksanakan projek pembinaan taman tema itu di negara-negara terlibat.

Rancangan itu diumumkan kira-kira sebulan sebelum Angry Bird Land dibuka secara rasmi di Taman Tema Särkänniemi di Tampere, Finland, hujung bulan depan.

Sama seperti Taman Tema Disney yang mempunyai bahagian tertentu berdasarkan watak-watak kartun, Angry Bird Land itu akan dibina di dalam taman tema sedia ada.

“Bagaimanapun, syarikat mahu empayar Angry Bird berkembang lebih besar berbanding Disney.

“Zynga merupakan sebuah syarikat permainan, tetapi kita tidak lagi melihat ia sebagai syarikat permainan. Kita telah menjual 25 juta permainan mewah tahun lalu. Ia melibatkan soal produk, supaya Angry Bird boleh didapati di mana-mana,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka kepada SFGate.com.

Angry Bird Land dibina dengan latar belakang permainan popular itu antaranya mempunyai papan gelongsor, tempat permainan berpasir dan berbumbung serta pelbagai lagi hiburan bertemakan Angry Bird.
Video promosi oleh Lappset iaitu syarikat yang mereka bentuk kelengkapan taman permainan untuk Angry Bird Land berkata, taman itu akan merapatkan dunia digital dengan realiti.

Di taman tema itu, pengunjung bukan sahaja ditayangkan dengan watak-watak Angry Bird menerusi filem dan rancangan televisyen, malah boleh mendapatkan kostum-kostum Halloween, buku resepi, permainan dan pakaian bertemakan permainan popular tersebut.

Sumber

Facebook Comments

Comments are closed.

Close