Gambar Pengawal Pecah Kepala Digilis Treler

Tragedi Menyayat hati. Seorang pengawal keselamatan pecah kepala digilis sebuah treler selepas terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan kenderaan tersebut Bulatan Tuan Padang, dekat sini pagi ini.

Semasa kejadian, mangsa Adnan Awang, 56, dalam perjalanan pulang dari mengambil ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dekat sini.

Suasana ditempat kejadian bertukar hiba apabila anak bongsu mangsa Nor Adilah Adnan, 23, tidak dapat menahan sebak sambil memanggil nama arwah bapanya sebaik sahaja melihat jenazah tersebut.

Nor Adilah ketika ditemui pemberita memberitahu, kejadian tersebut diketahuinya selepas menerima panggilan daripada orang awam yang menggunakan telefon bapanya.

“Ayah baru balik dari hospital ambil ubat dan hendak pergi kerja. Dia ada penyakit gaut, darah tinggi dan beberapa penyakit lagi. Tak sangka boleh jadi macam ini, macam mana saya nak beri tahu pada mak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asissten Komisioner, Azham Othman berkata, ketika kejadian treler berkenaan sedang menghala ke Jalan Sultan Ibrahim, manakala penunggang tersebut pula dari arah Jalan Hospital.

“Mangsa gagal mengawal motosikalnya dikatakan bergesel dengan kenderaan berat tersebut menyebabkannya tercampak ke bawah badan treler berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, pemandu treler berkenaan telah membuat laporan polis di balai berhampiran dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– Detik Perubahan

Facebook Comments
Close