Gambar Lelaki Kepala Pecah Jatuh Dari Tingkat 14

Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 14 rumah pangsa Tun Dr Ismail, Jalan Templer di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berumur 45 tahun, maut dalam keadaan ngeri berikutan kepalanya pecah dan otak bertaburan sejauh tiga meter.

Menurut seorang saksi yang juga penghuni tetap rumah pangsa tersebut, N Sriphothi, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah di tingkat lapan, namun terdengar bunyi bising menyebabkannya keluar rumah.

“Sejurus saya keluar, saya lihat orang ramai memandang ke atas dan mendapati seorang lelaki berpakaian kemas berada di balkoni tingkat 14 dalam keadaan duduk manakala kaki terjuntai.

“Saya bersama beberapa penduduk berlari dengan menaiki tangga ke tingkat atas untuk menyelamatkan mangsa namun sejurus tiba ke tingkat 13, mangsa sudah terjatuh,” katanya.

Seorang lagi saksi, D Parameswari, 56, pula berkata, ketika kejadian, dia menyidai pakaian di hadapan rumah namun terdengar bunyi bising dari atas rumah.

“Saya mencari punca bunyi bising dan melihat seorang lelaki berada di tingkat 14 dalam keadaan mencurigakan.

“Saya amat takut dan terus masuk ke rumah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentu­man kuat berhampiran rumah,” katanya.

Menurutnya, sejurus keluar, dia melihat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan berikutan kepala pecah dan otaknya bersepai.

Parameswari berkata, kejadian itu adalah pengalaman kedua yang dialaminya sejak tiga tahun tinggal di rumah pangsa berkenaan.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana sebelum itu, saya ada beritahu rakan bahawa tiada lagi kes orang terjun bangunan kerana kawasan rumah pangsa ini akan dipasang pagar oleh pihak berwajib.

“Bagaimanapun, bila terjadi kejadian ini dan saya menjadi saksi, saya berasa takut serta trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mangsa bukan penghuni rumah pangsa terbabit, sebaliknya tinggal bersama ibu berusia 70-an di sebuah rumah orang tua di Rantau, di sini.

Menurut sumber, mangsa dipercayai bertindak terjun bangunan akibat tekanan hidup miskin dan menghidap barah limpa.

– Sinar Harian

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • foto jatuh bangunan kepala hancur ngeri (14)

Comments are closed.

Close