Gambar-gambar Bas Terbalik Di Genting Highlands 5 March 2012

Pagi tadi, berlaku lagi kemalangan yang melibatkan bas di Jalan Genting Highlands. Dan kemalangan ini telah meragut 2 nyawa warga India yang sedang melancong di negara ini. Kejadian berlaku di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.
Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara dilaporkan hilang dikawal sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.
Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang dan dua pemandu bas yang juga warga tempatan tersepit selepas bas berkenaan yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres terbalik.
Gambar Kemalangan Bas Terbalik di KM 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur
 

Sumber

Facebook Comments
Close