Gambar Banjir Sekitar Kuala Lumpur 7 March 2012

Belalang ada melihat gambar-gambar banjir di sekitar Kampung Baru, Ampang dan beberapa kawasan lagi di sekitar Kuala Lumpur yang dimuat naik di Facebook Harian Metro. Blog Siemens-MelayuMaju ada memuat naik gambar-gambar banjir sekitar Kuala Lumpur.

Dikhabarkan juga berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Belfield yang mengorbankan seorang remaja berusia 13 tahun. Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.

Keadaan banjir yang melanda Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang. Foto: Effendy Rashid (07/03/2012)

Keadaan banjir di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mangsa banjir terpaksa menggunakan kayak. Foto: Mior Azlan Mior Kamarulbaid (07/03/2012)

Di bawah pula adalah video dari Youtube hmetromy-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close