Datuk Abd Rahman Bakri MP Sabak Bernam Dipenjara 6 Tahun & Denda RM400,000

Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu tadbirnya, Rosli Busro membayar denda RM400,000 setiap seorang bagi lapan pertuduhan yang disabitkan terhadap mereka.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh juga mengarahkan kedua-dua tertuduh dipenjarakan selama enam tahun bagi setiap kesalahan dan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh hukuman.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara selama setahun bagi setiap hukuman denda sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close