Atur Perlawanan | Pegawai Bola Sepak Johor FA Ditahan

Seorang pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA) ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti bookie mengatur perlawanan bola sepak di negeri itu.

Difahamkan, wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pada Ahad berikutan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Johor FA pada hari tersebut.

Beberapa sumber memberitahu, wanita berkenaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa bookie tertentu, telah ditahan reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan polis.

Facebook Comments
Close