44 Kelahiran Bayi Tahun Lompat Di Kedah

Seramai 44 bayi dilahirkan di lima hospital kerajaan di Kedah hari ini sempena tahun lompat. Daripada jumlah itu, 27 bayi adalah lelaki manakala 17 lagi adalah perempuan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi iaitu 18 bayi termasuk satu pasang bayi kembar.

“Di HSB, 12 bayi lelaki dan enam bayi perempuan termasuk sepasang kembar dilahirkan antara pukul 12.38 pagi hingga 12.30 tengah hari ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata Hospital Sultan Abdul Halim mencatatkan 14 kelahiran iaitu sembilan bayi lelaki dan lima bayi perempuan manakala Hospital Kulim mencatatkan lapan kelahiran iaitu tiga bayi lelaki dan lima bayi perempuan.

“Hospital Langkawi dan Sik masing-masing mencatatkan dua kelahiran iaitu tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan,” katanya. — BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close