Video Raja Lawak 6 Minggu 7 | Albob Tersingkir

Setelah tujuh minggu bersaing bersama rakan-rakan lain dalam Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Albob mengundurkan diri dari persaingan musim ini sebentar tadi.

Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.

Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.

Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.

Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close