Video Penderaan Kanak-kanak Di Pusat Asuhan Angkara Khianat?

Penyebaran video pende­raan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Kota Masai dekat sini di Internet sejak beberapa hari lalu disahkan sebagai perbuatan khianat.

Pengarah Jabatan Keba­jikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.

Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya. Tonton video tersebut di sini.

“Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.

“Hasil siasatan menda­pati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menja­tuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan ber­daftar dengan pihak JKM.

Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima penga­suh.

“Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan.

“Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha terbabit mengi­kuti segala peraturan dite­tapkan menye­bab­kan me­reka layak men­dapatkan permit menja­lankan per­khidmatan itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close